Tuesday, March 24, 2009

Malunya

Apa lah.

Saya kena tulis saya punya blog dalam BM sekarang kerana dua kawan perempuan saya yang saya sentiasa cakap pasal tau blog saya sekarang.

Post yang saya tulis semalam ialah tentang mereka dan satu daripada mereka terbaca. Malunya!!

Mereka baru tanya saya kalau post itu ialah pasal mereka. Tak tau macam mana nak jawab balik. Jadi, saya tipu dan kata bukan, ialah pasal hal-hal lain. Mengapa la macam ini?!?

Dah lama tak tulis dalam BM. Sudah lupa banyak perkataan-perkataan yang mudah. Tapi sekarang tak ada pilihan lagi. Semua post saya pun kena tulis dalam BM kerana tak boleh tukar blog saya. Kalau tukar, nanti mereka tau saya tak mahu mereka baca.

Oh ya! Kalau nak comment pasal post atau hal ini, comment dalam BM ya!!! Kalau tidak, saya marah tau. Betul-betul marah ya!!!!! Serius ni!!!

11 comments:

jessieloi said...

er, perkataan 'serious' bukan BM tahu? Ejaan yang betul ialah serius.

hahahah ketawa sekuat hati (LOL) kamu ni lucu lucu la.

Anonymous said...

gosh.audrey.i find this post very funny le.though thers no joke in it.hahaha.jz funny kamu kena tulis dalam bm.i wont be ur blog fan anymore if all ur future post in bm.lol

Anonymous said...

wah.. u punya BM sudah manyak 'cha' lahh.. itu 'answer' ialah jawab, bukan jawap la sayang.. aiyoh.. sangat pelik lahh panggil sayang. macam panggil boyfriend Melayu. *peluh* (sebab tak boleh swt) Haha!!!

Anonymous said...

saya cinta akan bahasa malaysia kerana kitorang boleh guna untuk ejek orang lain terutamanya orang asing semasa berada di negara lain. contoh2 situasi termasuk semasa mengembara di negara lain bersama kekawan, dan apabila ingin berbual bersama rakan2 sambil mengutuk si pekerja rumah tumpangan (susah nak pikir perkataan yang boleh mengganti perkataan yang bermula dengan huruf H yang bermaknakan tempat tinggal yg perlu dibayar wtf) dan tempat makan.

susahla kadangkala, saya ingin bercakap sedikit tentang rakan2 saya di IPTS (HAHAHAHA pandainya aku mengganti perkataan yang menyerupai inggeris) di laman web saya tapi tak boleh sebab tahu diorang baca web aku D;

jessieloi said...

HAHAH CLEM Lu Sangat LUCU LA! HAHAHAH!

Dwee said...

jessieloi,
Alah~ Tak apa la. Sebenarnya, saya sudah lupa BM ada perkataan 'serious.' Hehe! "ketawa sekuat hati (LOL)" WTF!!! Hahah! Apa ni?!?

karine,
Haha!! Apa la ini. Kan saya dah kata tulis dalam BM. Nanti kawan-kawan saya tu nampak comment awak dan tau kita cakap apa, mati la saya!

Xin Min,
LOL!!!!!! Maaf lah. Betul betul sudah lupa. Tapi, sebenarnya, jawap atau jawab pun sama la. HAHAHAHHAAHH!!! "peluh sebab tak boleh swt" HHAHAHHAHAH!!! WTF jess dan you ni lucu la.

clem,
"susah nak pikir perkataan yang boleh mengganti perkataan yang bermula dengan huruf H yang bermaknakan tempat tinggal yg perlu dibayar wtf"

HAHAHHAHAHHAAHHAHAHAH!!!! Awak semua ni lucu la. Semua sedang fikir macam mana nak tukar Inggeris kepada perkataan BM. HAHAH!!! Tapi saya menyokong pendapatan awak ni. Sebab kit orang saja yang tau dan faham BM. Seronoknya ni! Hehe!!

Anonymous said...

....kawan pendekku.. pendapatan bukan untuk diguna dalam situasi ini.. pendapatan itu macam upah, atau untung daripada sesuatu pekerjaan la sayang.. *peluh* perkataan yang sepatutnya diguna ialah pendapat..

memang susah nak berinteraksi dalam bahasa Malaysia sahaja.. akibat pengaruh Bahasa Inggeris.. *peluh*

jessieloi said...

HAHAHA PENDAPATAN HAHAHAH! dan saya ingat BM saya teruk hahahah!

Anonymous said...

i dont understand!! speak in japanese !!...haha

aiya.. takpe la.. suka suka laa.. teh tarik ok? malaysia boleh!

さやろん said...

eh si ketot!!! apa pasal lu kena cakap bahasa melayu...lagi dia orang ingat kita sedang mengutuk dia dalam bahasa melayu la....tak boleh....tak baik tu...nanti dia fikir bukan bukan...peluh* xm memang kelakar la dia ni...dengan it loi juga..apa pasal dengan kawan kawan lu...susah nak bergaul ke?? haihz memang begitu la tinggal dengan kawan baru...

Dwee said...

Xin Min,
Maaflah! Kan dah kata sudah lupa ni. =.=

jessieloi,
=.= Ketawa saya lagi. Awak ni kenalah support saya. Jangan ketawa!!! Haha!!

kh,
WHAT!!! Awak ni Malaysian ka bukan? Macam mana boleh tak faham. Kalau boleh tulis dalam japanese, saya tentu akan tulis. Tunggu dua tahun k? Masa tu saya tentu tau tulis.

さやろん,
Haha!! Kena lah cakap dalam BM, kalau tidak, tentu tau saya cakap pasal mereka. Tapikan, mak saya kata kalau cakap dalam BM, sangat obvious kita sedang cakap pasal mereka. Tak kisah la.